Khamis, 30 April 2015

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI (Fasal 6)

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI (Fasal 6)

TANGGUNGJAWAB
6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2 Mendaftar diri sebagai PENGUNDI dan MENGUNDI di setiap pilihanraya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan displin parti.
6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.
6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

HAK AHLI 
6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:
6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
6.2.3 Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.
6.2.4 Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan untuk digantung atau dipecat tidaklah hilang hak keahliannya.
6.2.5 Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.
6.2.6 Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

AHLI TIDAK BERHAK 
6.3 Seseorang ahli itu tidak berhak:
6.3.1 Menjadi ahli LEBIH daripada satu Cawangan.
6.3.2 Mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.
6.3.3 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.
6.3.4 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau setakat mana ia dikenakan hukuman displin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.
6.3.5 Menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli Jawatankuasa LEBIH daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.
6.3.6 Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-Kira dan sebaliknya.
6.3.7 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli.
6.3.8 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli itu telah menggunakan haknya itu dalam Cawangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan