Ahad, 16 Ogos 2020

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO KALI KE 20. CAWANGAN RPSF2

 

Tarikh             :           15hb. Ogos 2010

Masa              :           21.00 malam

Tempat           :           DEWAN KRT,

RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

Jumlah Ahli  :           141 orang

Kehadiran     :             59 orang

1.    Agenda 1 : Ucapan Dan Makluman Pengerusi Tetap

1.1 Pn. Siti Nazurah Zainudin memaklumkan jumlah kehadiran ahli cawangan mencukupi untuk memulakan persidangan.

1.2 Persidangan dimulakan dengan wakil pemuda, saudara Oja membacakan doa bagi memberkati perjalanan majlis.

2.    Agenda 2 : Ucapan Ketua Cawangan

2.1 Ketua cawangan, En. Izlan bin Tun mengucapkan selamat datang kepada seluruh ahli UMNO yang sempat hadir. Beliau merakam ucapan terima kasih di atas sokongan ahli-ahli selama beliau menerajui UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Ucapan alu-aluan dan terima kasih juga beliau tujukan kepada pemerhati UMNO Bahagian iaitu Pn Maisarah Abdullah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih beliau kepada PN Azizah yang sentiasa hadir dalam persidangan cawangan bagi menyokong Umno Rumah Pangsa Fasa 2.

2.2 En Izlan bersyukur dalam keadaan covid 19 menyerang negara, hadirin hadir dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.  

2.3 Beliau tidak mahu berucap panjang pada malam itu melainkan mengharapkan sokongan padu semua ahli untuk sama-sama memperkuatkan cawangan kerana jangkaan PRU15 akan berlaku pada bila-bila masa.

3.    Agenda 3 : Memilih Wakil Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian

3.1 Berdasarkan peruntukan Fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO, Cawangan telah sebulat suara memilih 2 orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian iaitu, (Ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap dipilih secara automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian).

4.1.1    En. Yuzaimuddin Md Yusof

4.1.2    En. Azman bin Izlan

4.    Agenda 4 : Membentangkan Kertas-kertas Persidangan

4.1 Peringatan Persidangan Kertas Bil 1 dan Penyata Tahunan Kertas Bil 2: Pn Fatimah mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 4 hingga 6. Kedua-dua kertas Bil 1 dan 2 tersebut dicadang untuk diluluskan oleh En Tajol Ariffin dan disokong oleh En Yuzaimuddin.

4.2 Laporan Kewangan Kertas Bil 3 : Ketua Cawangan mewakili bendahari yang tidak dapat hadir. Beliau mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 8. Kertas Bil 3 ini dicadang untuk diluluskan oleh Pn. Fatimah dan disokong oleh Pn Raja Diwi.

5.    Agenda 5 : Membahas Usul-usul (Jika ada)

5.1 En Yuzaimuddin mengemukakan 2 usul untuk dibawa ke Umno Bahagian :

                              i.        Memperkasakan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas 2012 iaitu Akta Sosma. Ini untuk mempastikan ketenteraman dan keselamatan awam terjamin termasuk ada pihak-pihak tertentu yang kini makin berani mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan termasuk menerbitkan rasa tidak puas hati terhadap Yang DiPertuan Agung.

                            ii.        JPN melakukan siasatan penuh kad pengenalan palsu yang sekarang begitu berleluasa. Terutama siasatan pengeluaran kad pengenalan kepada bangsa asing yang diragui kewarnegaraan sebenar mereka.

5.2 Pn Nazatul Azalina mengemukakan usul untuk mencadangkan pada PRU15 akan datang, Pn Hajjah Azizah dicalonkan bertanding sebagai Adun Senawang.

6.    Agenda 6 : Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi menangguhkan persidangan tepat jam 22.22 malam. Beliau mempersilakan tetamu menjamah makanan yang disediakan.

6.2 Persidangan bersurai.

Laporan disediakan oleh :                                                     Disemak oleh :


   ...................................                                                  ...................................                                               

  (Fatimah Shidztamiah)                                                             (Izlan Tun)

  Setiausaha Cawangan                                                       Ketua Cawangan

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO KALI KE 19. CAWANGAN RPSF2

 

Tarikh             :           21hb. Jun 2019

Masa              :           20.30 malam

Tempat           :           RUMAH KETUA CAWANGAN,

RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

 Jumlah Ahli  :           141 orang

Kehadiran     :             51 orang

1.   Agenda 1 : Ucapan Dan Makluman Pengerusi Tetap

1.1 Pn. Siti Nazurah Zainudin memaklumkan jumlah kehadiran ahli cawangan telah mencukupi untuk memulakan persidangan.

1.2 Seterusnya sebelum memulakan persidangan, pengerusi tetap memohon wakil dari pemuda untuk membacakan doa diikuti ucapan alu-aluan oleh ketua UMNO cawangan, En. Izlan bin Tun.

2.    Agenda 2 : Ucapan Ketua Cawangan

2.1 En. Izlan bin Tun selaku ketua cawangan UMNO Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh ahli UMNO yang sempat hadir pada malam itu. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan ahli selama beliau menerajui UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Ucapan alu-aluan dan terima kasih juga beliau tujukan kepada Pemerhati UMNO Bahagian iaitu En Johari yang telah sudi menghadirkan diri.

2.2 En Izlan berharap terusan mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada mantan ketua cawangan termasuk mantan timbalan ketua cawangan dan mantan setiausaha cawangan. Pengalaman mantan-mantan ini diperlukan demi meneruskan kelangsungan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.  

2.3

5

Sepanjang menjadi ketua cawangan di Rumah Pangsa Senawang Fasa II, beliau telah berusaha sedaya upaya memastikan keharmonian penduduk dan bekerjasama dengan NGO-NGO sedia ada demi memastikan keselesaan penduduk terjamin.

3.    Agenda 4 : Memilih Wakil Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian

3.1 Berdasarkan peruntukan Fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO, Cawangan telah sebulat suara memilih 2 orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian iaitu, (Ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap dipilih secara automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian).

4.1.1    En. Yuzaimuddin Md Yusof

4.1.2    En. Tajol Ariffin bin Hasan

4.    Agenda 5 : Membentangkan Kertas-kertas Persidangan

4.1 Peringatan Persidangan Kertas Bil 1 dan Penyata Tahunan Kertas Bil 2: Pn Fatimah mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 4 hingga 7. Kedua-dua kertas Bil 1 dan 2 tersebut dicadang untuk diluluskan oleh En Yuzi dan disokong oleh En Abdul Ghani.

4.2 Laporan Kewangan Kertas Bil 3 : En Khairi Jahim mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 8. Kertas Bil 3 ini dicadang untuk diluluskan oleh Yuzimuddin dan disokong oleh Hafiz.

5.    Agenda 6 : Membahas Usul-usul (Jika ada)

5.1 Tiada usul dibahas.

6.     Agenda 8 : Ucapan Perasmian Ketua Bahagian

6.1 Dato’ Hashim memohon maaf kerana lambat sampai. Bagaimanapun beliau puas hati dengan perjalanan mesyuarat persidangan dan mengucapkan syabas kerana Umno Cawangan Rumah Pangsa senawang Fasa 2 belum pernah gagal mengadakan mesyuarat persidangan pada setiap tahun biarpun kepimpinannya bertukar ganti.

 

6.2 Beliau berharap agar ahli-ahli terus memberi sokongan kepada ketua cawangan.

 

6.3 Seterusnya dengan lafaz bismillahhirrahman nir rahim, beliau merasmikan mesyuarat persidangan bagi kali ke 19. 

7.    Agenda 8 : Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi menangguhkan persidangan tepat jam 12.30 tengah malam.

7.2 Persidangan bersurai.

Laporan disediakan oleh :                                                     Disemak oleh :

.................................                                                  ...................................                                                   

  (Fatimah Shidztamiah)                                                             (Izlan Tun)

  Setiausaha Cawangan                                                       Ketua Cawangan

Selasa, 12 Jun 2018

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO KALI KE 18. CAWANGAN RPSF2


arikh               :           10hb. Jun 2018
Masa              :           10.30 Pagi
Tempat           :           DEWAN KRT @ TABIKA PERPADUAN,
RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

Jumlah Ahli  :           141 orang
Kehadiran     :             48 orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Dan Makluman Pengerusi Tetap
1.1 En. Abdul Ghani Mansoor memaklumkan Pengerusi Tetap telah meletak jawatan kerana telah bertukar cawangan. Justeru beliau memohon kebenaran ahli mesyuarat untuk melantik En. Tajol Ariffin Hasan sebagai Pengerusi Tetap sementara. Cadangan tersebut dipersetujui oleh ahli mesyuarat. En Tajol Ariffin mengucapkan terima kasih atas persetujuan ahli mesyuarat.
1.2 Seterusnya En Tajol Ariffin memohon En Abdul Ghani untuk membacakan doa sebelum memulakan mesyuarat diikuti ucapan alu-aluan oleh ketua UMNO cawangan, En. Abdul Ghani Mansoor.

2.    Agenda 2 : Ucapan Ketua Cawangan
2.1 En. Abdul Ghani Mansoor selaku ketua cawangan UMNO Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh ahli UMNO yang sempat hadir pada pagi itu. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan ahli selama beliau menerajui UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Ucapan alu-aluan dan terima kasih juga beliau tujukan kepada Pemerhati UMNO Bahagian dan wakil Ketua Umno Bahagian (Dato’ Hasim) iaitu En Ismail Leman dan En Hamzah yang telah sudi menghadirkan diri.

2.2 En Abdul Ghani telah mengimbas kembali sejarah dia bersama Umno Cawangan sejak lebih 10 tahun yang lalu di mana beliau bermula sebagai ahli biasa kemudian menjadi bendahari pada 2001, menjadi setiausaha pada 2004 dan seterusnya menjadi Ketua Cawangan pada 2008. Tradisi pemilihan ketua cawangan di Rumah Pangsa Senawang Fasa II ini ialah melalui musyawarah tanpa perlu pertandingan untuk mengelakan wujudnya puak-puak dalam cawangan.

2.3 Sepanjang menjadi ahli dan ketua cawangan di Rumah Pangsa Senawang Fasa II, beberapa kemudahan insfrastruktur telah beliau lakukan seperti bersama-sama dengan AJK memohon kemudahan surau yang mana akhirnya budget untuk surau diperoleh daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2.4 Rumah Pangsa Senawang Fasa II juga telah memperolehi budget kira-kira RM3 juta daripada Timbalan Perdana Menteri untuk kerja-kerja menaik taraf dan mengecat bangunan flat dan surau. Pagar dan pintu gerbang juga telah dipasang di kawasan flat. Begitu juga dengan tempat meletak motor dan tangga dari jalan utama ke flat dan tapak pasar malam.

2.5 Kemuncak pencapaian beliau dan barisan AJK ialah penganugerahan geran strata oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 2017 lalu.

2.6 Bagaimanapun, setelah sekian lama menjadi ketua cawangan; beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya dan memberi laluan kepada muka baru.

2.7 Beliau berharap dengan pemilihan ketua cawangan baru dan barisan AJK baru itu nanti mampu membawa perubahan dalam kepimpinan umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II. Beliau memohon ampun dan maaf jika sepanjang beliau mengemudi umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II ini terdapat kekilafan yang sengaja atau tidak sengaja.

3.    Agenda 3 : Memilih Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan sesi 2018-2021
3.1 Lihat lampiran A.

4.    Agenda 4 : Memilih Wakil Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian
4.1 Berdasarkan peruntukan Fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO, Cawangan telah sebulat suara memilih 2 orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian iaitu, (Ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap dipilih secara automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian).
4.1.1    En. Yuzaimuddin Md Yusof
4.1.2    Pn. Siti Nazurah Zainudin

5.    Agenda 5 : Membentangkan Kertas-kertas Persidangan
5.1 Peringatan Persidangan Kertas Bil 1 dan Penyata Tahunan Kertas Bil 2: En Tajol Ariffin mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 4 hingga 7. Kedua-dua kertas Bil 1 dan 2 tersebut dicadang untuk diluluskan oleh En Yuzi dan disokong oleh En Abdul Ghani.
5.2 Laporan Kewangan Kertas Bil 3 : En Khairi Jahim mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 8. Kertas Bil 3 ini dicadang untuk diluluskan oleh Yuzimuddin dan disokong oleh Hafiz.

6.    Agenda 6 : Membahas Usul-usul (Jika ada)
6.1 Pn Raja Diwi Sulong mengusulkan agar saluran tong sampah ditutup kerana kapasaiti tong sampah sedia ada tidak mampu menampung lebihan sampah yang banyak. Beliau mencadangkan dibuat tempat pembuangan sampah yang khusus.

6.2 Beliau juga memaklumkan terdapat tandas yang tersumbat dan perlu penyelenggaraan segera.

6.3 En Yuzimuddin menjawab (selaku Pengerusi KRT) apa yang dibahaskan oleh Pn Raja Diwi itu bukanlah usul sebenarnya tetapi lebih kepada komplen. Bagaimanapun beliau akan menulis kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

6.4 En Abdul Ghani (selaku Pengerusi Persatuan Penduduk) pula berpendapat tindakan menutup saluran tong sampah perlu persetujuan semua pihak kerana dikhuatiri ada pihak yang tidak bersetuju. Justeru untuk meneruskan cadangan tersebut, eloklah mengambil tanda tangan semua penduduk sebagai tanda persetujuan.

7.    Agenda 7 : Ucapan Ketua Cawangan Yang Baru
7.1 En Izlan Tun merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah melantik beliau sebagai ketua Umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II yang baru menggantikan En Abdul Ghani Mansoor.

7.2 Beliau agak terkejut kerana tidak menyangka akan dilantik menjadi ketua cawangan. Beliau merasakan ini adalah tanggungjawab yang begitu berat kerana ketika memegang jawatan ketua Umno cawangan, Umno khususnya dan Barisan Nasional amnya telah mengalami kekalahan mengejut pada PRU14. Ini menjadikan tugasnya akan lebih sukar kerana parti yang diwakili oleh beliau telah kalah.

7.3 Bagaimanapun beliau berjanji akan membawa kembali Umno ke landasan yang disegani. Biarpun terpaksa bermula dari bawah iaitu ketika era 61 tahun yang lepas, beliau berharap semua pihak tidak cepat berputus asa.

7.4 En Izlan Tun juga berharap mantan-mantan ketua cawangan, timbalan ketua cawangan dan setiausaha cawangan dapat membantu beliau kerana beliau masih perlukan khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman dengan mereka semua.

8.     Agenda 8 : Ucapan Perasmian Wakil Bahagian
8.1 En Hamzah yang mewakili Umno Bahagian melahirkan rasa bersyukur kerana kali ini semua sayap-sayap dapat mengadakan mesyuarat persidangan tahunan.

8.2 Beliau memaklumkan atas arahan Umno Pusat, persidangan tahunan pada kali ini memadai dengan kehadiran 11 orang sahaja untuk mencukupkan korum.

8.3 Analisis kegagalan Umno pada PRU14 ialah berdasarkan peratus sokongan yang diterima. Menurut En Hamzah, orang Melayu hanya memberi 25% sokongan sahaja kepada Barisan Nasional (BN) sedangkan orang China memberikan 90% sokongan kepada DAP menerusi Pakatan Harapan (PH). Orang India cuma mengambil pendirian tunggu dan lihat. Untuk terus kekal relevan, Umno perlu mendapatkan semula sokongan orang Melayu ini dan mencari sebab mengapa orang Melayu tidak lagi menyokong Umno.

8.4 En Hamzah mengingatkan agar kepimpinan baru ini memberi tumpuan kepada golongan muda untuk menyedarkan mereka. Seterusnya beliau merasmikan persidangan tahunan Umno cawangan kali ke 18.

9.    Agenda 8 : Ucapan Penangguhan
9.1 Pengerusi menangguhkan persidangan tepat jam 12.00 tengah hari.
9.2 Persidangan bersurai.



           Laporan disediakan oleh :                                                     Disemak oleh :




           ...................................                                                  ...................................                                                   
            (Normaslina Zulkafli)                                                             (Izlan Tun)
           Setiausaha Cawangan                                                       Ketua Cawangan

Sabtu, 16 April 2016

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO KALI KE 16. CAWANGAN RPSF-2

Agenda 1 : Ucapan aluan oleh setiausaha.
            1.1       Setiausaha mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli cawangan, wakil pemerhati-pemeerhati bahagian, ketua-ketua cawangan lain yang turut hadir memberi sokongan dan tidak lupa kepada perasmi persidangan iaitu YB Dato’ Hasim Rusdi yang juga ketua Umno Bahagian Rasah.
            1.2       Persidangan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Awal.
             
Agenda 2 : Ucapan Aluan Ketua Cawangan.
            2.1       Ketua cawangan, En. Abdul Ghani Mansoor memulakan ucapan dengan rangkap pantun pembuka berbunyi :

                        “Melati kuntum tumbuh melata
                        Sayang merbah di pohon cemara
                        Assalamualaikum mulanya kata
                        Saya sembah pembuka bicara”

            2.2       Seterusnya beliau mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan Pemerhati Bahagian serta ketua-ketua cawangan lain yang turut hadir. Antaranya En. Hamzah (pemerhati persidangan cawangan), En. Zek, En. Razi (pemerhati pemuda), Pn. Fauziah (pemerhati puteri) dan Pn. Norfaizah (pemerhati pergerakan wanita). Tidak lupa juga beliau meraikan kedatangan YB Dato’ Hasim Rusdi selaku perasmi persidangan pada malam itu. Beliau memohon maaf kerana YB Dato’ terpaksa menunggu agak lama kerana ketika YB Dato’ tiba, mesyuarat pergerakan wanita dan puteri sedang berjalan.
            2.3       Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana Persidangan pada malam ini berjalan lancar dan jumlah kehadiran ahli untuk setiap sayap mencukupi korum.
            2.4       Biarpun kehadiran pemuda agak tipis tetapi ia memadai untuk membolehkan pemuda juga mengadakan mesyuarat persidangannya.
            2.5       Dengan ketiga-tiga sayap berjaya mengadakan mesyuarat persidangan pada setiap tahun tanpa pernah ada penangguhan membuktikan Umno cawangan Rumah Pangsa ini berada dilandasan yang betul dalam perjuangan politiknya. Ia juga merupakan mesej khas cawangan kepada Umno Bahagian dan kepimpinannya di bawah YB Dato’ Hasim Rusdi bahawa Bahagian mendapat sokongan padu daripada Umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. 
            2.6       Ketua cawangan memaklumkan kepada pemerhati dan YB Dato’ bahawa pada hari minggu bersamaan 10/4/2016, yakni 2 hari sebelum hari persidangan; Umno cawangan melalui kerjasama dengan Persatuan Penduduk telah juga berjaya menganjurkan majlis sukaneka di perkarangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Sukaneka ini mendapat sambutan ramai dari penduduk pelbagai peringkat usia.
            2.7       Dalam ucapan ringkasnya, ketua cawangan turut membangkitkan beberapa isu-isu semasa yang masih belum diselesaikan lagi. Antaranya kemudahan dewan orang ramai dan futsal. Beliau mohon YB Dato’ memanjangkan perkara ini kepada pihak-pihak berkenaan.
            2.8       Tidak lupa juga ketua cawangan mengambil kesempatan merakam ucapan terima kasih dan bersyukur kerana atas bantuan YB Dato’ juga beberapa kemudahan telah ditambah dan diperbaiki seperti kemudahan tempat meletak motor dan tangga serta penukaran peti surat yang lama kepada yang baru. Termasuk pintu penutup bilik transformer eletrik yang kini dari jenis lutsinar dan berkunci.
 berkunci. Bagaimanapun atas beberapa masalah sampingan yang wujud ekoran dari pembinaan tempat letak motosikal seperti rugutan dari pemilik motor yang mengatakan tempat letak motor itu jauh dan tidak begitu selamat kerana ia terbuka, En. Abdul Ghani berpendapat hanya itu sahaja pilihan yang kita ada kerana kawasan tanah lapang di penempatan kita ini terhad. Kita telah mohon, dan pihak SUK telah luluskan. Tinggal lagi jika kita tetap tidak mahu menggunakan kemudahan yang telah disediakan, beliau pun tidak dapat berbuat apa-apa. Terpulang pada pemilik motor. Cuma selepas ini jika berlaku kebakaran seperti yang pernah terjadi sebelum ini yang mengakibatkan kebakaran sebuah motosikal milik penghuni rumah pangsa, pihak SUK tidak akan bertanggungjawab.
            2.9       Ketua cawangan juga memaklumkan pihak SUK iaitu daripada UPKT (Unit Perumahan Kerajaan Tempatan) telah membuat kemaskini data dan maklumat pemilik rumah pangsa. Ia bertujuan untuk mengenal pasti mana-mana pemilik yang telah habis membayar ansuran rumahnya kepada SUK. Ini kerana dijangka pemberian geran kepada pemilik yang telah habis membayar akan diadakan pada tahun ini dan kemungkinan besar geran akan disampaikan oleh Menteri Besar sendiri dalam satu majlis khas.
            2.10     Ketua cawangan menutup ucapannya dengan rangkap pantun penutup berbunyi,
                        “Jikalau tuan mengangkat peti
                        Tolong masukan segala barang
                        Jikalau semua bersatu hati
                        Kerja yang susah menjadi senang”

Agenda 3 : Ucapan perasmian YB Dato’ Hasim Rusdi.
            3.1       YB Dato’ turut merasa bangsa kerana mesyuarat persidangan cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini berjaya dijalankan pada tiap-tiap tahun dengan ketiga-tiga sayapnya tidak pernah gagal untuk bermesyuarat.
            3.2       YB Dato’ merakam ucapan terima kasih atas semua ahli yang hadir termasuk pemerhati dari Bahagian.
            3.3       Beliau mengingatkan dalam mesyuarat ini tidak perlulah terlalu banyak berbincang dan membuat isu atau usul kerana tahun ini tidak ada pemilihan dan tujuan mesyuarat persidangan yang utama ialah untuk memilih perwakilan ke mesyuarat Bahagian kelak. Apa yang penting ialah Umno cawangan tetap dengan sokongan tidak berbelah bagai bagi terhadap Umno Bahagian.
            3.4       Menyentuh tentang kelewatan mendapatkan beberapa kemudahan yang telah bertahun diminta, YB Dato’ harap penduduk bersabar. Kelewatan ini mungkin berpunca dari beberapa masalah yang melibatkan banyak pihak. Contohnya untuk mendapatkan kelulusan tanah bagi membina futsal, pihak-pihak berwajib kena mendapatkan kepastian pemilik tanah dan jika maklumat telah diperoleh, ia juga perlu melihat kesesuaian tanah dan kesesuaian tempat. Dan yang penting dana untuk membiayainya datang dari pihak mana?
            3.5       Tanah SWM atau Indah Water yang dicadang untuk dibina dewan orang ramai itu pula, YB Dato’ difahamkan tanah tersebut telah diserahkan dibawah pengurusan MPS setelah ia siap dikambus. Dipihak MPS pula, ia mempunyai beberapa bahagian yang khusus dalam membuat penilaian dan pembangunan. Perlu melalui bahagian-bahagian tertentu sebelum permohonan dapat diluluskan. Biasanya MPS tidak hanya menerima 1 permohonan tapi banyak permohonan yang perlu diproses. YB Dato’ akan tetap memberikan sokongan atas usaha untuk membina dewan kemudahan orang ramai tersebut.
            3.6       Atas segala kelewatan dan masalah-masalah yang timbul dari kelewatan tersebut, YB Dato’ berharap orang ramai tidak menyalahkan ketua cawangan. Dan kepada ketua cawangan pula, beliau berharap ketua cawangan tidak mudah putus asa dan give-up. Ini adalah lumrah cabaran yang dihadapi oleh seorang pemimpin. Mengambil contoh Perdana Menteri sendiri yang lebih teruk lagi dikritik dari segenap penjuru tetapi beliau masih tetap bertahan dan bersabar.
            3.7       YB Dato’ seterusnya merasmikan mesyuarat persidangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dengan lafaz ’bismillahirrahmannirrahim’.

            (Setiausaha menyerahkan aturcara seterusnya kepada Pengerusi Tetap, En Shamsuddin Ishak untuk memulakan Mesyuarat Persidangan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi kali ke 16)

            Persidangan dimulakan dengan semua hadirin berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Umno.

Agenda 4 : Membentang Kertas-kertas Persidangan.
            4.1       Pengerusi Tetap meneruskan agenda persidangan dengan mempersilakan setiausaha untuk melaporkan Peringatan Persidangan (Kertas Bil 1) dan Penyata Tahunan (Kertas Bil 2).
            4.2       Setiausaha, En. Tajol Ariffin Hasan membentangkan Kertas Bil 1 dan Kertas Bil 2 dengan meminta ahli-ahli merujuk pada muka surat 5 hingga 12.
            4.3       Seterusnya Pengerusi Tetap meminta Bendahari untuk membentangkan Laporan Kewangan (Kertas Bil 3).
            4.4       Bendahari, En Khairi Jahim membentangkan Kertas Bil 4 dengan meminta ahli-ahli merujuk muka surat 15.

Agenda 5 : Memilih Wakil-wakil ke Persidangan Perwakilan Bahagian
            5.1       Berikut adalah senarai nama-nama perwakilan yang telah dipilih oleh Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri.
                        5.1.1 Cawangan (Ketua automatik) :
                                    1) En. Yuzaimuddin Md Yusof
                                    2) En. Shamsuddin Ishak

                        * Bagi jawatan ketua, mereka adalah terpilih secara automatik iaitu Ketua Cawangan : En. Abdul Ghani Mansor, Ketua Pergerakan Wanita : Pn. Raja Diwi Sulong, Ketua Pemuda : En. Mohd Azrai Mohd Awal dan Ketua Puteri : Pn. Nur Izwani Mohd Ismail.

                        5.1.2 Pergerakan Wanita (Ketua automatik) :
                                    1) Pn. Norhisham Hj. Ithnin
                                    2) Pn. Norfitri Mohd Sarif
                                    3) Pn. Fatimah Shidztamiah

                        5.1.3 Pemuda (Ketua automatik) :
                                    1) En. Khairi Jahim
                                    2) En. Azman Izlan

                        5.1.4 Puteri  (Ketua automatik) :
                                    1) Siti Yusriah Mohd Awal
                                    2) Nazatul Azalina Abdullah
                                    3) Nur Maslina Zulkafli
                                    4) Siti Nazurah Zainudin

Agenda 6 : Membahas Usul-usul (jika ada)
            6.1       Pn. Raja Diwi mengusulkan agar tempat tong sampah yang ada sekarang ditutup dan diletakan di tempat lain yang lebih sesuai. Ini kerana kebanyakan penutup-penutup tong sampah di setiap tangga blok telah rosak. Akibat tidak bertutup, ia mengeluarkan bau kurang enak. Perkara ini sebenarnya telahpun diusulkan kepada pihak SWM. Cuma pihak SWM hanya menukarkan tong sampah sahaja dan tidak menggantikan penutup tong sampah yang terletak di setiap tangga blok. Tidak diketahui sama ada penutup ini di bawah seliaan atau peruntukan SWM atau SUK. Bagaimanapun, usul ini akan dikemukakan kepada 2 pihak berkenaan untuk tindakan mereka seterusnya.
            6.2       En. Shamsuddin Ishak mengusulkan kepada mereka yang membela kucing agar dapat menjaganya dengan sebaik mungkin. Ini kerana didapati banyak kucing-kucing yang berkeliaran dan najisnya ada dimerata-rata tempat yang menyebabkan kebesihkan kawasan flat sedikit tercemar. Ketua cawangan memberikan respon segera dengan menyarankan mereka yang memelihara kucing hendaklah lebih bertanggungjawab.
            6.3       En. Tajol Ariffin membuat usul agar Umno Cawangan mencari punca mengapa pendaftaran ahli baru cawangan mengambil masa yang lama. Ketua cawangan dalam jawapannya merumuskan ada beberapa masalah yang dikesan. Antaranya masalah dokumen tidak lengkap seperti pendaftar tidak memberikan salinan kad pengenalannya. Ketua cawangan juga akan mengambil serius masalah ini dan akan menangganinya dengan setiausaha kelak.

 Agenda 7 : Ucapan Penangguhan Persidangan.
            7.1       Pengerusi Tetap menangguhkan persidangan tepat jam 10.55 malam. Persidangan bersurai dengan KC mengiringi YB Dato’ menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka serta pemenang hadiah cabutan nombor bertuah.


Oleh Setiausaha Cawangan
En. Tajol Ariffin bin Hasan