Isnin, 1 Disember 2014

RINGKASAN UCAPAN PENGULUNGAN PRESIDEN UMNO

Ucapan Pengulungan Presiden

1. Liputan yg cukup meluas diberikan oleh semua media dalam perhimpunan Agong Umno 2014 menunjukkan Parti UMNO masih releven.

2. Tema perkataan 'Solidariti' -  bersatu dalam satu angkatan yg kukuh.

3. Maqasiq Syariah - satu task force ditubuhkn yg terdiri daripada pakar-pakar agama yang menentukan indeks syariah tercapai.

4. Ekonomi - sekiranya pertubuhan ekonomi tidak tinggi hasil negara tidak dapat salurkan.

5. Pertambahan peruntukan luar bandar dan pendidikan, PPR, permintaan golongan muda  melalui hasil GST.

6. GST mengelakkan peniaga lari dari cukai ekonomi pasaran gelap.

7. Pertambahan peruntukan MARA dan biasiswa.

8. Isu graduan tiada pekerjaan - kurang komunikasi dan personatiti. Skim Latihan Graduan yang tiada peluang pekerjaan ditambah 100%.

9. Tanah Rizab Melayu perlu dipertahankan dan jika buka mesti digantikan. Tanah Rizab perlu dibangunkan.

10. Sokongan bukan Melayu diperlukan bagi kekuatan Barisan Nasional tetapi tegas dan adil kepada orang Melayu.

11. Umum keputusan kekal Akta Hasutan dalam platform Persidangan Umno penghargaan kepada ahli.

12. Kebebasan bukan mutlak dalam bersuara lebih-lebih melibatkan kepentingan  Melayu, Islam dan Raja-Raja.

13. Perdana Menteri mintak Peguam Negara , Polis dan SKMM tegas dalam membuat tugasan dalam Akta Hasutan.

14. Jaga pemimpin dan tegur dengan baik kerana pemimpin pun bukan sempurna.

15. Isu Hanifah Aman ditawar 100 juta oleh PR simbol bapak rasuah.

16. Isu Nepotisme oleh PR - Isteri disuruh jadi MB.

17. Isu Bloggers serang peminpin atau sesama UMNO perlu dihindarkan.

18. Presiden setuju dengan YB Khairy dalam ucapan peremajaan UMNO.

19. Peremajaan - 
  1. Tubuh badan yang sihat. 
  2. Remaja dari segi strategi dan media. 
  3. Remaja dari segi roh UMNO.  


PERHIMPUNAN UMNO 2014 (PWTC)

Perhimpunan Agung UMNO 2014 dimulakan dengan mengumpulkan seramai 2,752 orang perwakilan yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 26hb disember sehingga 29hb disember.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam laporannya memaklumkan jumlah ahli UMNO adalah seramai 3,477,365 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,332 buah!

PWTC 2012 “Sebagaimana tahun lalu, bilangan ahli teramai berjumlah 527,946 orang diterajui oleh Negeri Sabah manakala Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Silam Sabah, dengan jumlah ahli seramai 50,094 orang sementara keahlian cawangan teramai dengan jumlah ahlinya 1,795 orang masih juga didahului oleh Kampung Tinosa Jaya /Libaran,” katanya.

Jelas beliau, persiapan bagi menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2014 berjalan lancar yang bermula dari ahli-ahli UMNO di akar umbi iaitu di peringkat Cawangan dan Bahagian termasuklah Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Ini adalah tanggungjawabnya berteraskan kepada apa yang telah digariskan dalam Perlembagaan UMNO dan Peraturan Persidangan parti.”

Beliau juga memaklumkan seramai 117 orang delegasi yang mewakili 31 parti melibatkan 21 buah negara turut hadir selain penglibatan media massa seramai 1,452 petugas terlibat membuat liputan dalam persidangan ini.


Ketua Umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 yang terpilih dalam G7 menghadiri perhimpunan Umno 2014 di PWTC. Ketua Pergerakan Wanita juga kelihatan turut sama hadir sebagai pemerhati.