Sabtu, 13 Jun 2015

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP DAN JEMPUTAN ANJURAN UMNO CAWANGAN DAN PERSATUAN PENDUDUK RPSF-2

Berikut adalah kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam pertandingan bowling tertutup dan jemputan yang telah diadakan pada 13/6/2015 di Jaya Jusco, Seremban. Pihak penganjur merakam jutaan terima kasih kepada peserta yang terlibat. Tidak lupa kepada En David Choong Yee Hing, Pengerusi Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Negeri Sembilan yang telah sudi merasmikan pertandingan.

Untuk makluman, ini hanyalah nama kumpulan dan nama-nama peserta dalam kumpulan terbabit. Bukan beerti kumpulan 1 adalah pemenang. Kumpulan yang menang tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA adalah seperti paparan keputusan rasmi di bawah. 

KUMPULAN : 1
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Norhaida
113
66
179
2
Nor Azam
98
73
171
3
Farhan
78
59
137
4
Faridah
70
116
186
JUMLAH MATA KUMPULAN
673

KUMPULAN : 2
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Norazley
151
172
323
2
Norjan
104
104
208
3
Tajol Ashraf
63
59
122
4
Ainul
84
71
155
JUMLAH MATA KUMPULAN
808

KUMPULAN : 3
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Jep
74
90
164
2
Din
106
117
223
3
Bonda
102
116
218
4
Shasa
125
115
240
JUMLAH MATA KUMPULAN
845

KUMPULAN : 4
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Abd Ghani 
95
67
162
2
Norfitri
96
94
190
3
Saufi
122
42
164
4
Amirul
70
64
650
JUMLAH MATA KUMPULAN
650

KUMPULAN : 5
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Wani
58
70
128
2
Khairi
94
105
199
3
Fendi
109
124
233
4
Faiza
69
106
175
JUMLAH MATA KUMPULAN
735

KUMPULAN : 6
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Amalina
84
68
152
2
Qasyaf
86
95
181
3
Fatimah
66
67
133
4
Shafiq
76
59
135
JUMLAH MATA KUMPULAN
601

KUMPULAN : 7
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Syafa
69
71
140
2
Nazura
83
100
183
3
Ariffin
60
104
164
4
Norsham 
87
89
176
JUMLAH MATA KUMPULAN
663

KUMPULAN JEMPUTAN : 1
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Azura
35
80
115
2
Azni
87
73
160
3
Siti Fatimah 
75
97
172
4
Norazhira
95
91
186
5
Hamzah
138
130
268
JUMLAH MATA KUMPULAN
901

KUMPULAN JEMPUTAN : 2
BIL
NAMA
GAME 1
GAME 2
JUMLAH MARKAH
1
Subry
116
117
233
2
Siti Naziah
68
85
153
3
Fatihatul 
86
100
186
4
Sabirun
128
131
259
5
Wani
123
113
236
JUMLAH MATA KUMPULAN
1067

SENARAI PENUH PEMENANG KATEGORI TERTUTUP
  1. TEMPAT PERTAMA - KUMPULAN 3 (845 JATUHAN PIN)
  2. TEMPAT KEDUA - KUMPULAN 2 (808 JATUHAN PIN)
  3. TEMPAT KETIGA - KUMPULAN 5 (735 JATUHAN PIN)
  1. SAGUHATI - KUMPULAN 4 (673 JATUHAN PIN)
  2. SAGUHATI - KUMPULAN 7 (663 JATUHAN PIN)
  3. SAGUHATI - KUMPULAN 4 (650 JATUHAN PIN)
  4. SAGUHATI - KUMPULAN 6 (601 JATUHAN PIN)

JATUHAN PIN TERBANYAK (INDIVIDU)
  1. NORAZLEY (323)
  2. SHASA (240)
  3. FENDI (223)

JATUHAN PIN TERBANYAK KUMPULAN
  1. KUMPULAN 3 (845)
  2. KUMPULAN 2 (808)
  3. KUMPULAN 5 (735)

SENARAI PENUH PEMENANG KATEGORI JEMPUTAN
  1. HAMZAH (268)
  2. SABIRUN (259)
  3. WANI (236)

Rabu, 20 Mei 2015

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP ANJURAN UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG 2

UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II melalui sayap Pemuda dan Puterinya akan menganjurkan kejohanan bowling tertutup yang dijangka akan dijalankan pada 12hb Jun 2015. Tarikh dan masa kejohanan masih belum dimuktamadkan. Ia bergantung kepada sambutan orang ramai.

Maklumat kejohanan seperti di bawah :

TARIKH : 12hb Jun 2015 (Jumaat)
TEMPAT : SEREMBAN PRIMA  
MASA : 4.30 petang

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 01HB JUN 2015

YURAN PENYERTAAN           : RM40.00/PASUKAN


BORANG PENYERTAAN, SERAHAN DAN BAYARAN PENYERTAAN SILA HUBUNGI :

  • Abdul Ghani (K.Caw/0136016330) 
  • Tajol Ariffin (SU Caw/01111989874) 
  • Azrai (K.Pemuda/0199523648)  
  • Izawani (K.Puteri/01112301971) 
  • Jafri (SU.Pemuda/0126612881) 
  • Nazurah(SU.Puteri/01123666106)   


                                            
SYARAT DAN PERATURAN 


1.0 PENGANJUR :
UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG 2

2.0 TARIKH PERTANDINGAN :
12HB JUN 2015 (Jumaat) - cadangan

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN :
SEREMBAN PRIMA, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

4.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN 

4.1 Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia seperti yang tertera diatas sebelum 01hb Jun 2015.     

5.0 SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan sebanyak sekali. Pemenang akan ditentukan melalui mata terkumpul tertinggi.

5.2 Penyertaan adalah TERTUTUP kepada semua warga penduduk Rumah Pangsa Senawang 2 dan ahli UMNO cawangan sahaja.

5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja. Pemain tidak dibenarkan mewakili untuk pasukan lain yang bertanding.

5.4 Setiap pasukan akan dibahagikan sama rata  kepada EMPAT ORANG PEMAIN iaitu:

i.  Seorang dari Beliawanis

ii. Seorang dari Belia
iii. Seorang dari Dewasa Wanita 

iv. Seorang dari Dewasa Lelaki 

5.5 Setiap pemain akan membuat cabutan bagi diri sendiri untuk mewakili pasukan masing-masing.

5.6 Acara berpasukan pula hendaklah mematuhi syarat seperti berikut:

i. Empat (4) orang pemain utama.  

5.7 Panel kiraan mata atau pengadil akan diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3 )orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.


6.0 YURAN PENYERTAAN

6.1 Yuran penyertaan adalah seperti berikut :

- Setiap pasukan  (4 orang pemain)  -RM 40.00              

      
7.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN

7.1 Pemain-pemain adalah bertanggungjawab sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta bagi melancarkan perjalanan pertandingan ini.

7.2 Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan  atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.

8.0     HAL-HAL LAIN

8.1 Sekiranya timbul percanggahan diantara undang-undang pertandingan, maka keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

8.2 Sebarang keputusan adalah muktamad.
8.3 Semua bantahan disertakan dengan wang tunai RM200.00 (pasukan)

Muat Turun Borang Penyertaan di sini;

BORANG PENYERTAAN




Selasa, 5 Mei 2015

BN pertahan Parlimen Rompin


ROMPIN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin, menewaskan wakil PAS, Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi. Hasan, 62, yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin dan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, memperoleh 23,796 undi, berbanding Nazri yang meraih 14,901 undi. Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh, di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

PRK Parlimeb Rompin, menyaksikan sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran dibuka mulai pukul 8 pagi bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka. Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan kira-kira 74 peratus daripada 52,744 pemilih berdaftar keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi. Ini satu penurunan lebih 11 peratus berbanding 85.9 peratus yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 2013.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter bersama lima yang lain di Semenyih, Selangor, 4 April lalu. Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rompin sejak tahun 1990 dan Allahyarham menewaskan calon PAS, Nuridah Mohd Salleh pada 2013 dengan majoriti 15,114 undi.

credit kepada Berita online dan Utusan online

Ahad, 3 Mei 2015

CONTOH BORANG KPI

INI adalah borang KPI versi Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Seperti mana yang saya cakap, kita ikut acuan kita sendiri. Kita tidak akan ikut KPI orang lain. Mohon ahli bersama-sama memberikan idea untuk merangka soalan-soalan berkenaan KPI ini.


Untuk muat turun borang sila klik teks berikut : Borang KPI

Khamis, 30 April 2015

PENDAFTARAN AHLI UMNO SECARA ONLINE

UMNO menyediakan akses mudah untuk orang ramai mendaftar menjadi ahli secara dalam talian. berikut adalah caranya,
1) Klik link atau url berikut : PENDAFTARAN ONLINE
2) Ikuti langkah-langkah seperti diarahkan


TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI (Fasal 6)

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI (Fasal 6)

TANGGUNGJAWAB
6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2 Mendaftar diri sebagai PENGUNDI dan MENGUNDI di setiap pilihanraya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan displin parti.
6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.
6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

HAK AHLI 
6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:
6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
6.2.3 Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.
6.2.4 Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan untuk digantung atau dipecat tidaklah hilang hak keahliannya.
6.2.5 Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.
6.2.6 Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

AHLI TIDAK BERHAK 
6.3 Seseorang ahli itu tidak berhak:
6.3.1 Menjadi ahli LEBIH daripada satu Cawangan.
6.3.2 Mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.
6.3.3 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.
6.3.4 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau setakat mana ia dikenakan hukuman displin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.
6.3.5 Menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli Jawatankuasa LEBIH daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.
6.3.6 Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-Kira dan sebaliknya.
6.3.7 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli.
6.3.8 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli itu telah menggunakan haknya itu dalam Cawangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.

Selasa, 28 April 2015

USUL SETIAUSAHA CAWANGAN



Sebagaimana yg telah saya 'hint' kan pada posting awal saya dalam 'page umno cawangan di facebook' ini lewat beberapa hari yang lalu, maka suka saya ingatkan kembali dalam persidangan semalam; saya telah mengusulkan KPI (key Performance Indicators) untuk cawangan RPSF-2. Sama ada ahli-ahli telah mendengarnya atau buat2 tak endah atau telah mendengarnya tetapi tidak berapa faham, apabila tiba masanya nanti janganlah mereka menyalahkan barisan AJK!!!
Dan kepada barisan AJK khasnya, sila ambil perhatian bahawa KPI ini menjadi titik penilaian seluruh ahli-ahli terhadap prestasi kerja anda. Ini tidak terkecuali kepada KC, TKC, S/U, ketua-ketua sayap dan barisan AJK lainnya. Anda semua tiada imuniti dalam melaksanakan KPI yang akan kita tentukan intipati indeksnya nanti. Kita akan perhalusi indek KPI ini mengikut acuan kita sendiri. Saya akan berbincang dgn KC, TKC dan AJK lainnya. Sila anda semua memberikan pandangan/cadangan/komen dan sebagainya. Kita bergerak sebagai satu kumpulan.
Sudah sampai masanya cara kerja semua AJK dinilai. Selama ini ahli-ahli banyak bercakap di belakang tanpa berani berdepan. Dengan pengenalan KPI ini nanti, borang khas akan diedar kepada seluruh ahli-ahli agar dapat mereka membuat penilaian langsung terhadap seluruh AJK dan memberikan pandangan dan komen ke arah menambahbaik pentadbiran Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Semua ini dilakukan agar Umno Cawangan menjadi lebih mantap dari segala segi.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada orang2 yang lebih besar dari saya (dari segi apapun..kuasa/pangkat dan sebagainya). Politik bukanlah minat saya. Meskipun saya aktif dengan sekian banyak NGO baik peringkat cawangan bahkan Negeri dan Kebangsaan, namun jika anda semua sudi menerima saya seadanya dan sudi juga berkongsi pengalaman yang saya ada.....Kita boleh teruskan.

Khamis, 23 April 2015

SELESAI PERSIDANGAN CAWANGAN BAGI KALI KE 15

UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 telah selesai mengadakan persidangan tahunannya bagi kali ke 15. Syukur ke hadrat Ilahi kerana semua sayap dapat bermesyuarat dengan jayanya dan mencukupi korum. Barisan pemerhati bahagian yang hadir juga berpuas hati terhadap perjalanan persidangan.

Menurut Pengerusi Tetap, jumlah kehadiran ahli pada malam itu ialah 85 orang berbanding 67 orang pada tahun 2014. Ia melebihi korum untuk bersidang. Namun dukacita sedikit kerana jumlah ahli berdaftar terkini merosot sedikit daripada 146 orang kepada 122 orang. 

Selain daripada YB Dato' Hj. Hasim Rusdi yang hadir bagi merasmikan persidangan, turut kelihatan ialah setiausaha Bahagian En. Mohd Ariff Abdullah Sani. Beliau bukanlah pemerhati sebaliknya hadir bagi memberikan 'moral support' kepada ahli-ahli cawangan. Pemerhati daripada bahagian Rasah untuk persidangan cawangan ialah Pn. Sharul Afizah. Manakala pemerhati bagi Pemuda ialah En. Mohd Fairos serta pemerhati untuk Puteri ialah Pn. Fauziah.

YB Dato' Hj. Hasim dalam ucapan perasmiannya antara lain menyentuh isu-isu semasa terutama isu GST yang banyak menimbulkan salah faham di kalangan rakyat. Sementara itu, tidak banyak usul yang dibahas pada persidangan kali ini. Ada usul yang merupakan usul lama yang dibangkitkan kembali.

My Image
Persidangan Puteri

My Image
Persidangan Puteri


My Image
Persidangan Puteri

My Image
Persidangan Cawangan


My Image

My Image


My Image
Persidangan Pemuda

My Image
Persidangan Wanita


My Image

My Image


My Image
Persidangan Wanita

My Image
Persidangan Wanita


My Image



My Image
Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Hasim Rusdi. Ketua Bahagian Rasah



My Image
Ketua Cawangan

My Image
YB Dato' Hasim

Selasa, 14 April 2015

'PAGE' UMNO CAWANGAN RPSF-2 KINI BOLEH DILAWATI DI FACEBOOK

Laman atau page Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah diwujudkan di Facebook oleh pergerakan Puteri Cik - Azwani. Terima kasih kerana kewujudan page ini sekaligus membantu mempromosikan Umno Cawangan RPSF2 dan membantu ahli-ahli untuk mengetahui aktiviti-aktiviti Umno Cawangan. Ia sebagai media sosial untuk berhubungan antara sesama ahli. Page ini boleh dilawat menerusi url berikut : https://www.facebook.com/pages/Umno-Cawangan-Rumah-Pangsa-Senawang-Fasa-2/974119779272962?fref=photo


Rabu, 8 April 2015

JEMPUTAN

ADALAH DIMAKLUMKAN :

UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 AKAN MENJALANKAN PERSIDANGAN TAHUNANNYA BAGI KALI YANG KE 15. SEHUBUNGAN DENGAN ITU DIJEMPUT AGAR AHLI-AHLI UMNO CAWANGAN UNTUK HADIR KE PERSIDANGAN TAHUNAN TERSEBUT PADA KETETAPAN BERIKUT :

TARIKH : 22 APRIL, 2015

LOKASI : DEWAN KRT RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

MASA : 8:00 MALAM

PERASMIAN OLEH : YB DATO' HASIM RUSDI

Rabu, 4 Mac 2015

GOTONG ROYONG PERDANA

GOTONG ROYONG PERDANA anjuran Umno Cawangan, Persatuan Penduduk RPSF2 dan Combi RPSF2 telah diadakan pada 01/03/2015. Ia turut melibatkan kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta antaranya Jabatan Kesihatan, Bomba, RELA, SWM dan MPS. Malah pihak SUK Negeri Sembilan turut menaja makan tengah hari program tersebut. Umno Cawangan merakam ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung.  

Program dirasmikan oleh YB En. Mohd Ghazali bin Abd. Wahid, Adun Paroi yang juga AJK Combi Negeri.


My Image

My Image

Jumaat, 16 Januari 2015

KEBAKARAN DI RUMAH PENGERUSI TETAP CAWANGAN

SATU KEBAKARAN telah berlaku yang menyebabkan kerosakan teruk pada beberapa rumah pemilik Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 antaranya termasuk rumah Pengerusi Tetap Umno cawangan iaitu saudara Shamsuddin Ishak. Kebakaran yang dipercayai akibat perbuatan khianat disedari berlaku antara jam 02:00 am ke 04:00 am. 

Kebakaran dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian oleh orang ramai. Satu laporan kepada jabatan bomba, polis dan SUK telah dibuat. Kakitangan jabatan terbabit telah datang memantau dan mengambil keterangan saksi. Turut melawat ialah ketua umno cawangan termasuk timbalannya dan setiausaha cawangan. Malah difahamkan ketua cawangan sendiri terbabit dalam usaha memadam kebakaran tersebut yang kebetulan berlaku di kawasan blok F iaitu tempat di mana beliau menetap juga.

Kebakaran yang dipercayai bermula dari sebuah motor pemilik blok F berkenaan yang telah dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. 3 buah rumah mengalami kerosakan luaran yang agak teruk manakala motor tersebut musnah sepenuhnya.


Rumah milik Pengerusi Tetap yang teruk terbakar


Motor yang hangus terbakar