Khamis, 30 April 2015

PENDAFTARAN AHLI UMNO SECARA ONLINE

UMNO menyediakan akses mudah untuk orang ramai mendaftar menjadi ahli secara dalam talian. berikut adalah caranya,
1) Klik link atau url berikut : PENDAFTARAN ONLINE
2) Ikuti langkah-langkah seperti diarahkan


TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI (Fasal 6)

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI (Fasal 6)

TANGGUNGJAWAB
6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2 Mendaftar diri sebagai PENGUNDI dan MENGUNDI di setiap pilihanraya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan displin parti.
6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.
6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

HAK AHLI 
6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:
6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
6.2.3 Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.
6.2.4 Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan untuk digantung atau dipecat tidaklah hilang hak keahliannya.
6.2.5 Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.
6.2.6 Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

AHLI TIDAK BERHAK 
6.3 Seseorang ahli itu tidak berhak:
6.3.1 Menjadi ahli LEBIH daripada satu Cawangan.
6.3.2 Mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.
6.3.3 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.
6.3.4 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau setakat mana ia dikenakan hukuman displin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.
6.3.5 Menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli Jawatankuasa LEBIH daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.
6.3.6 Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-Kira dan sebaliknya.
6.3.7 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli.
6.3.8 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli itu telah menggunakan haknya itu dalam Cawangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.

Selasa, 28 April 2015

USUL SETIAUSAHA CAWANGAN



Sebagaimana yg telah saya 'hint' kan pada posting awal saya dalam 'page umno cawangan di facebook' ini lewat beberapa hari yang lalu, maka suka saya ingatkan kembali dalam persidangan semalam; saya telah mengusulkan KPI (key Performance Indicators) untuk cawangan RPSF-2. Sama ada ahli-ahli telah mendengarnya atau buat2 tak endah atau telah mendengarnya tetapi tidak berapa faham, apabila tiba masanya nanti janganlah mereka menyalahkan barisan AJK!!!
Dan kepada barisan AJK khasnya, sila ambil perhatian bahawa KPI ini menjadi titik penilaian seluruh ahli-ahli terhadap prestasi kerja anda. Ini tidak terkecuali kepada KC, TKC, S/U, ketua-ketua sayap dan barisan AJK lainnya. Anda semua tiada imuniti dalam melaksanakan KPI yang akan kita tentukan intipati indeksnya nanti. Kita akan perhalusi indek KPI ini mengikut acuan kita sendiri. Saya akan berbincang dgn KC, TKC dan AJK lainnya. Sila anda semua memberikan pandangan/cadangan/komen dan sebagainya. Kita bergerak sebagai satu kumpulan.
Sudah sampai masanya cara kerja semua AJK dinilai. Selama ini ahli-ahli banyak bercakap di belakang tanpa berani berdepan. Dengan pengenalan KPI ini nanti, borang khas akan diedar kepada seluruh ahli-ahli agar dapat mereka membuat penilaian langsung terhadap seluruh AJK dan memberikan pandangan dan komen ke arah menambahbaik pentadbiran Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Semua ini dilakukan agar Umno Cawangan menjadi lebih mantap dari segala segi.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada orang2 yang lebih besar dari saya (dari segi apapun..kuasa/pangkat dan sebagainya). Politik bukanlah minat saya. Meskipun saya aktif dengan sekian banyak NGO baik peringkat cawangan bahkan Negeri dan Kebangsaan, namun jika anda semua sudi menerima saya seadanya dan sudi juga berkongsi pengalaman yang saya ada.....Kita boleh teruskan.

Khamis, 23 April 2015

SELESAI PERSIDANGAN CAWANGAN BAGI KALI KE 15

UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 telah selesai mengadakan persidangan tahunannya bagi kali ke 15. Syukur ke hadrat Ilahi kerana semua sayap dapat bermesyuarat dengan jayanya dan mencukupi korum. Barisan pemerhati bahagian yang hadir juga berpuas hati terhadap perjalanan persidangan.

Menurut Pengerusi Tetap, jumlah kehadiran ahli pada malam itu ialah 85 orang berbanding 67 orang pada tahun 2014. Ia melebihi korum untuk bersidang. Namun dukacita sedikit kerana jumlah ahli berdaftar terkini merosot sedikit daripada 146 orang kepada 122 orang. 

Selain daripada YB Dato' Hj. Hasim Rusdi yang hadir bagi merasmikan persidangan, turut kelihatan ialah setiausaha Bahagian En. Mohd Ariff Abdullah Sani. Beliau bukanlah pemerhati sebaliknya hadir bagi memberikan 'moral support' kepada ahli-ahli cawangan. Pemerhati daripada bahagian Rasah untuk persidangan cawangan ialah Pn. Sharul Afizah. Manakala pemerhati bagi Pemuda ialah En. Mohd Fairos serta pemerhati untuk Puteri ialah Pn. Fauziah.

YB Dato' Hj. Hasim dalam ucapan perasmiannya antara lain menyentuh isu-isu semasa terutama isu GST yang banyak menimbulkan salah faham di kalangan rakyat. Sementara itu, tidak banyak usul yang dibahas pada persidangan kali ini. Ada usul yang merupakan usul lama yang dibangkitkan kembali.

My Image
Persidangan Puteri

My Image
Persidangan Puteri


My Image
Persidangan Puteri

My Image
Persidangan Cawangan


My Image

My Image


My Image
Persidangan Pemuda

My Image
Persidangan Wanita


My Image

My Image


My Image
Persidangan Wanita

My Image
Persidangan Wanita


My Image



My Image
Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Hasim Rusdi. Ketua Bahagian Rasah



My Image
Ketua Cawangan

My Image
YB Dato' Hasim

Selasa, 14 April 2015

'PAGE' UMNO CAWANGAN RPSF-2 KINI BOLEH DILAWATI DI FACEBOOK

Laman atau page Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah diwujudkan di Facebook oleh pergerakan Puteri Cik - Azwani. Terima kasih kerana kewujudan page ini sekaligus membantu mempromosikan Umno Cawangan RPSF2 dan membantu ahli-ahli untuk mengetahui aktiviti-aktiviti Umno Cawangan. Ia sebagai media sosial untuk berhubungan antara sesama ahli. Page ini boleh dilawat menerusi url berikut : https://www.facebook.com/pages/Umno-Cawangan-Rumah-Pangsa-Senawang-Fasa-2/974119779272962?fref=photo


Rabu, 8 April 2015

JEMPUTAN

ADALAH DIMAKLUMKAN :

UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 AKAN MENJALANKAN PERSIDANGAN TAHUNANNYA BAGI KALI YANG KE 15. SEHUBUNGAN DENGAN ITU DIJEMPUT AGAR AHLI-AHLI UMNO CAWANGAN UNTUK HADIR KE PERSIDANGAN TAHUNAN TERSEBUT PADA KETETAPAN BERIKUT :

TARIKH : 22 APRIL, 2015

LOKASI : DEWAN KRT RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

MASA : 8:00 MALAM

PERASMIAN OLEH : YB DATO' HASIM RUSDI