Jumaat, 16 Januari 2015

KEBAKARAN DI RUMAH PENGERUSI TETAP CAWANGAN

SATU KEBAKARAN telah berlaku yang menyebabkan kerosakan teruk pada beberapa rumah pemilik Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 antaranya termasuk rumah Pengerusi Tetap Umno cawangan iaitu saudara Shamsuddin Ishak. Kebakaran yang dipercayai akibat perbuatan khianat disedari berlaku antara jam 02:00 am ke 04:00 am. 

Kebakaran dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian oleh orang ramai. Satu laporan kepada jabatan bomba, polis dan SUK telah dibuat. Kakitangan jabatan terbabit telah datang memantau dan mengambil keterangan saksi. Turut melawat ialah ketua umno cawangan termasuk timbalannya dan setiausaha cawangan. Malah difahamkan ketua cawangan sendiri terbabit dalam usaha memadam kebakaran tersebut yang kebetulan berlaku di kawasan blok F iaitu tempat di mana beliau menetap juga.

Kebakaran yang dipercayai bermula dari sebuah motor pemilik blok F berkenaan yang telah dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. 3 buah rumah mengalami kerosakan luaran yang agak teruk manakala motor tersebut musnah sepenuhnya.


Rumah milik Pengerusi Tetap yang teruk terbakar


Motor yang hangus terbakar