Selasa, 28 April 2015

USUL SETIAUSAHA CAWANGAN



Sebagaimana yg telah saya 'hint' kan pada posting awal saya dalam 'page umno cawangan di facebook' ini lewat beberapa hari yang lalu, maka suka saya ingatkan kembali dalam persidangan semalam; saya telah mengusulkan KPI (key Performance Indicators) untuk cawangan RPSF-2. Sama ada ahli-ahli telah mendengarnya atau buat2 tak endah atau telah mendengarnya tetapi tidak berapa faham, apabila tiba masanya nanti janganlah mereka menyalahkan barisan AJK!!!
Dan kepada barisan AJK khasnya, sila ambil perhatian bahawa KPI ini menjadi titik penilaian seluruh ahli-ahli terhadap prestasi kerja anda. Ini tidak terkecuali kepada KC, TKC, S/U, ketua-ketua sayap dan barisan AJK lainnya. Anda semua tiada imuniti dalam melaksanakan KPI yang akan kita tentukan intipati indeksnya nanti. Kita akan perhalusi indek KPI ini mengikut acuan kita sendiri. Saya akan berbincang dgn KC, TKC dan AJK lainnya. Sila anda semua memberikan pandangan/cadangan/komen dan sebagainya. Kita bergerak sebagai satu kumpulan.
Sudah sampai masanya cara kerja semua AJK dinilai. Selama ini ahli-ahli banyak bercakap di belakang tanpa berani berdepan. Dengan pengenalan KPI ini nanti, borang khas akan diedar kepada seluruh ahli-ahli agar dapat mereka membuat penilaian langsung terhadap seluruh AJK dan memberikan pandangan dan komen ke arah menambahbaik pentadbiran Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Semua ini dilakukan agar Umno Cawangan menjadi lebih mantap dari segala segi.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada orang2 yang lebih besar dari saya (dari segi apapun..kuasa/pangkat dan sebagainya). Politik bukanlah minat saya. Meskipun saya aktif dengan sekian banyak NGO baik peringkat cawangan bahkan Negeri dan Kebangsaan, namun jika anda semua sudi menerima saya seadanya dan sudi juga berkongsi pengalaman yang saya ada.....Kita boleh teruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan