KRONOLOGI

KRONOLOGI

Hasrat untuk menubuhkan Umno cawangan di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini mula tercetus sekitar 1990-an. Beberapa cubaan untuk menubuhkan cawangan umno ini pada mulanya tertangguh kerana beberapa halangan termasuk dari Ketua Bahagian sendiri (Ketika itu Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 diletakan di bawah Dun Seremban). Bagaimanapun, akhirnya En. Reduan berjaya menyakinkan Ketua Bahagian yakni Dato' Sahak untuk merestui penubuhan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (Umno Cawangan RPSF-2). 

Ketua cawangan pertama adalah En. Baharin. Meskipun pada mulanya diwar-warkan En. Reduan yang akan dilantik menjadi ketua tetapi dalam pertandingan pada hari pemilihan tersebut, En. Baharin menang dengan undi majoriti. Setiausaha cawangan pula ialah En. Yuzaimudin manakala ketua pergerakan wanita ialah Pn. Raja Diwi.

Dengan tertubuhnya Umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini, maka bermulalah perjuangan politik orang-orang Melayu di kawasan RPSF-2.  Ketua cawangan selepas itu adalah En. Yuzimuddin diikuti oleh En. Abdul Ghani sehingga sekarang. Jumlah keahlian umno juga telah melebihi 100 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan