Ahad, 16 Ogos 2020

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO KALI KE 19. CAWANGAN RPSF2

 

Tarikh             :           21hb. Jun 2019

Masa              :           20.30 malam

Tempat           :           RUMAH KETUA CAWANGAN,

RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

 Jumlah Ahli  :           141 orang

Kehadiran     :             51 orang

1.   Agenda 1 : Ucapan Dan Makluman Pengerusi Tetap

1.1 Pn. Siti Nazurah Zainudin memaklumkan jumlah kehadiran ahli cawangan telah mencukupi untuk memulakan persidangan.

1.2 Seterusnya sebelum memulakan persidangan, pengerusi tetap memohon wakil dari pemuda untuk membacakan doa diikuti ucapan alu-aluan oleh ketua UMNO cawangan, En. Izlan bin Tun.

2.    Agenda 2 : Ucapan Ketua Cawangan

2.1 En. Izlan bin Tun selaku ketua cawangan UMNO Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh ahli UMNO yang sempat hadir pada malam itu. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan ahli selama beliau menerajui UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Ucapan alu-aluan dan terima kasih juga beliau tujukan kepada Pemerhati UMNO Bahagian iaitu En Johari yang telah sudi menghadirkan diri.

2.2 En Izlan berharap terusan mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada mantan ketua cawangan termasuk mantan timbalan ketua cawangan dan mantan setiausaha cawangan. Pengalaman mantan-mantan ini diperlukan demi meneruskan kelangsungan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.  

2.3

5

Sepanjang menjadi ketua cawangan di Rumah Pangsa Senawang Fasa II, beliau telah berusaha sedaya upaya memastikan keharmonian penduduk dan bekerjasama dengan NGO-NGO sedia ada demi memastikan keselesaan penduduk terjamin.

3.    Agenda 4 : Memilih Wakil Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian

3.1 Berdasarkan peruntukan Fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO, Cawangan telah sebulat suara memilih 2 orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian iaitu, (Ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap dipilih secara automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian).

4.1.1    En. Yuzaimuddin Md Yusof

4.1.2    En. Tajol Ariffin bin Hasan

4.    Agenda 5 : Membentangkan Kertas-kertas Persidangan

4.1 Peringatan Persidangan Kertas Bil 1 dan Penyata Tahunan Kertas Bil 2: Pn Fatimah mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 4 hingga 7. Kedua-dua kertas Bil 1 dan 2 tersebut dicadang untuk diluluskan oleh En Yuzi dan disokong oleh En Abdul Ghani.

4.2 Laporan Kewangan Kertas Bil 3 : En Khairi Jahim mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 8. Kertas Bil 3 ini dicadang untuk diluluskan oleh Yuzimuddin dan disokong oleh Hafiz.

5.    Agenda 6 : Membahas Usul-usul (Jika ada)

5.1 Tiada usul dibahas.

6.     Agenda 8 : Ucapan Perasmian Ketua Bahagian

6.1 Dato’ Hashim memohon maaf kerana lambat sampai. Bagaimanapun beliau puas hati dengan perjalanan mesyuarat persidangan dan mengucapkan syabas kerana Umno Cawangan Rumah Pangsa senawang Fasa 2 belum pernah gagal mengadakan mesyuarat persidangan pada setiap tahun biarpun kepimpinannya bertukar ganti.

 

6.2 Beliau berharap agar ahli-ahli terus memberi sokongan kepada ketua cawangan.

 

6.3 Seterusnya dengan lafaz bismillahhirrahman nir rahim, beliau merasmikan mesyuarat persidangan bagi kali ke 19. 

7.    Agenda 8 : Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi menangguhkan persidangan tepat jam 12.30 tengah malam.

7.2 Persidangan bersurai.

Laporan disediakan oleh :                                                     Disemak oleh :

.................................                                                  ...................................                                                   

  (Fatimah Shidztamiah)                                                             (Izlan Tun)

  Setiausaha Cawangan                                                       Ketua Cawangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan