Rabu, 20 Mei 2015

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP ANJURAN UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG 2

UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II melalui sayap Pemuda dan Puterinya akan menganjurkan kejohanan bowling tertutup yang dijangka akan dijalankan pada 12hb Jun 2015. Tarikh dan masa kejohanan masih belum dimuktamadkan. Ia bergantung kepada sambutan orang ramai.

Maklumat kejohanan seperti di bawah :

TARIKH : 12hb Jun 2015 (Jumaat)
TEMPAT : SEREMBAN PRIMA  
MASA : 4.30 petang

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 01HB JUN 2015

YURAN PENYERTAAN           : RM40.00/PASUKAN


BORANG PENYERTAAN, SERAHAN DAN BAYARAN PENYERTAAN SILA HUBUNGI :

  • Abdul Ghani (K.Caw/0136016330) 
  • Tajol Ariffin (SU Caw/01111989874) 
  • Azrai (K.Pemuda/0199523648)  
  • Izawani (K.Puteri/01112301971) 
  • Jafri (SU.Pemuda/0126612881) 
  • Nazurah(SU.Puteri/01123666106)   


                                            
SYARAT DAN PERATURAN 


1.0 PENGANJUR :
UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG 2

2.0 TARIKH PERTANDINGAN :
12HB JUN 2015 (Jumaat) - cadangan

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN :
SEREMBAN PRIMA, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

4.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN 

4.1 Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia seperti yang tertera diatas sebelum 01hb Jun 2015.     

5.0 SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan sebanyak sekali. Pemenang akan ditentukan melalui mata terkumpul tertinggi.

5.2 Penyertaan adalah TERTUTUP kepada semua warga penduduk Rumah Pangsa Senawang 2 dan ahli UMNO cawangan sahaja.

5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja. Pemain tidak dibenarkan mewakili untuk pasukan lain yang bertanding.

5.4 Setiap pasukan akan dibahagikan sama rata  kepada EMPAT ORANG PEMAIN iaitu:

i.  Seorang dari Beliawanis

ii. Seorang dari Belia
iii. Seorang dari Dewasa Wanita 

iv. Seorang dari Dewasa Lelaki 

5.5 Setiap pemain akan membuat cabutan bagi diri sendiri untuk mewakili pasukan masing-masing.

5.6 Acara berpasukan pula hendaklah mematuhi syarat seperti berikut:

i. Empat (4) orang pemain utama.  

5.7 Panel kiraan mata atau pengadil akan diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3 )orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.


6.0 YURAN PENYERTAAN

6.1 Yuran penyertaan adalah seperti berikut :

- Setiap pasukan  (4 orang pemain)  -RM 40.00              

      
7.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN

7.1 Pemain-pemain adalah bertanggungjawab sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta bagi melancarkan perjalanan pertandingan ini.

7.2 Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan  atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.

8.0     HAL-HAL LAIN

8.1 Sekiranya timbul percanggahan diantara undang-undang pertandingan, maka keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

8.2 Sebarang keputusan adalah muktamad.
8.3 Semua bantahan disertakan dengan wang tunai RM200.00 (pasukan)

Muat Turun Borang Penyertaan di sini;

BORANG PENYERTAAN




Tiada ulasan:

Catat Ulasan