Selasa, 12 Jun 2018

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO KALI KE 18. CAWANGAN RPSF2


arikh               :           10hb. Jun 2018
Masa              :           10.30 Pagi
Tempat           :           DEWAN KRT @ TABIKA PERPADUAN,
RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

Jumlah Ahli  :           141 orang
Kehadiran     :             48 orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Dan Makluman Pengerusi Tetap
1.1 En. Abdul Ghani Mansoor memaklumkan Pengerusi Tetap telah meletak jawatan kerana telah bertukar cawangan. Justeru beliau memohon kebenaran ahli mesyuarat untuk melantik En. Tajol Ariffin Hasan sebagai Pengerusi Tetap sementara. Cadangan tersebut dipersetujui oleh ahli mesyuarat. En Tajol Ariffin mengucapkan terima kasih atas persetujuan ahli mesyuarat.
1.2 Seterusnya En Tajol Ariffin memohon En Abdul Ghani untuk membacakan doa sebelum memulakan mesyuarat diikuti ucapan alu-aluan oleh ketua UMNO cawangan, En. Abdul Ghani Mansoor.

2.    Agenda 2 : Ucapan Ketua Cawangan
2.1 En. Abdul Ghani Mansoor selaku ketua cawangan UMNO Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh ahli UMNO yang sempat hadir pada pagi itu. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan ahli selama beliau menerajui UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Ucapan alu-aluan dan terima kasih juga beliau tujukan kepada Pemerhati UMNO Bahagian dan wakil Ketua Umno Bahagian (Dato’ Hasim) iaitu En Ismail Leman dan En Hamzah yang telah sudi menghadirkan diri.

2.2 En Abdul Ghani telah mengimbas kembali sejarah dia bersama Umno Cawangan sejak lebih 10 tahun yang lalu di mana beliau bermula sebagai ahli biasa kemudian menjadi bendahari pada 2001, menjadi setiausaha pada 2004 dan seterusnya menjadi Ketua Cawangan pada 2008. Tradisi pemilihan ketua cawangan di Rumah Pangsa Senawang Fasa II ini ialah melalui musyawarah tanpa perlu pertandingan untuk mengelakan wujudnya puak-puak dalam cawangan.

2.3 Sepanjang menjadi ahli dan ketua cawangan di Rumah Pangsa Senawang Fasa II, beberapa kemudahan insfrastruktur telah beliau lakukan seperti bersama-sama dengan AJK memohon kemudahan surau yang mana akhirnya budget untuk surau diperoleh daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2.4 Rumah Pangsa Senawang Fasa II juga telah memperolehi budget kira-kira RM3 juta daripada Timbalan Perdana Menteri untuk kerja-kerja menaik taraf dan mengecat bangunan flat dan surau. Pagar dan pintu gerbang juga telah dipasang di kawasan flat. Begitu juga dengan tempat meletak motor dan tangga dari jalan utama ke flat dan tapak pasar malam.

2.5 Kemuncak pencapaian beliau dan barisan AJK ialah penganugerahan geran strata oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 2017 lalu.

2.6 Bagaimanapun, setelah sekian lama menjadi ketua cawangan; beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya dan memberi laluan kepada muka baru.

2.7 Beliau berharap dengan pemilihan ketua cawangan baru dan barisan AJK baru itu nanti mampu membawa perubahan dalam kepimpinan umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II. Beliau memohon ampun dan maaf jika sepanjang beliau mengemudi umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II ini terdapat kekilafan yang sengaja atau tidak sengaja.

3.    Agenda 3 : Memilih Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan sesi 2018-2021
3.1 Lihat lampiran A.

4.    Agenda 4 : Memilih Wakil Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian
4.1 Berdasarkan peruntukan Fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO, Cawangan telah sebulat suara memilih 2 orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian iaitu, (Ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap dipilih secara automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian).
4.1.1    En. Yuzaimuddin Md Yusof
4.1.2    Pn. Siti Nazurah Zainudin

5.    Agenda 5 : Membentangkan Kertas-kertas Persidangan
5.1 Peringatan Persidangan Kertas Bil 1 dan Penyata Tahunan Kertas Bil 2: En Tajol Ariffin mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 4 hingga 7. Kedua-dua kertas Bil 1 dan 2 tersebut dicadang untuk diluluskan oleh En Yuzi dan disokong oleh En Abdul Ghani.
5.2 Laporan Kewangan Kertas Bil 3 : En Khairi Jahim mohon mesyuarat merujuk pada muka surat 8. Kertas Bil 3 ini dicadang untuk diluluskan oleh Yuzimuddin dan disokong oleh Hafiz.

6.    Agenda 6 : Membahas Usul-usul (Jika ada)
6.1 Pn Raja Diwi Sulong mengusulkan agar saluran tong sampah ditutup kerana kapasaiti tong sampah sedia ada tidak mampu menampung lebihan sampah yang banyak. Beliau mencadangkan dibuat tempat pembuangan sampah yang khusus.

6.2 Beliau juga memaklumkan terdapat tandas yang tersumbat dan perlu penyelenggaraan segera.

6.3 En Yuzimuddin menjawab (selaku Pengerusi KRT) apa yang dibahaskan oleh Pn Raja Diwi itu bukanlah usul sebenarnya tetapi lebih kepada komplen. Bagaimanapun beliau akan menulis kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

6.4 En Abdul Ghani (selaku Pengerusi Persatuan Penduduk) pula berpendapat tindakan menutup saluran tong sampah perlu persetujuan semua pihak kerana dikhuatiri ada pihak yang tidak bersetuju. Justeru untuk meneruskan cadangan tersebut, eloklah mengambil tanda tangan semua penduduk sebagai tanda persetujuan.

7.    Agenda 7 : Ucapan Ketua Cawangan Yang Baru
7.1 En Izlan Tun merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah melantik beliau sebagai ketua Umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa II yang baru menggantikan En Abdul Ghani Mansoor.

7.2 Beliau agak terkejut kerana tidak menyangka akan dilantik menjadi ketua cawangan. Beliau merasakan ini adalah tanggungjawab yang begitu berat kerana ketika memegang jawatan ketua Umno cawangan, Umno khususnya dan Barisan Nasional amnya telah mengalami kekalahan mengejut pada PRU14. Ini menjadikan tugasnya akan lebih sukar kerana parti yang diwakili oleh beliau telah kalah.

7.3 Bagaimanapun beliau berjanji akan membawa kembali Umno ke landasan yang disegani. Biarpun terpaksa bermula dari bawah iaitu ketika era 61 tahun yang lepas, beliau berharap semua pihak tidak cepat berputus asa.

7.4 En Izlan Tun juga berharap mantan-mantan ketua cawangan, timbalan ketua cawangan dan setiausaha cawangan dapat membantu beliau kerana beliau masih perlukan khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman dengan mereka semua.

8.     Agenda 8 : Ucapan Perasmian Wakil Bahagian
8.1 En Hamzah yang mewakili Umno Bahagian melahirkan rasa bersyukur kerana kali ini semua sayap-sayap dapat mengadakan mesyuarat persidangan tahunan.

8.2 Beliau memaklumkan atas arahan Umno Pusat, persidangan tahunan pada kali ini memadai dengan kehadiran 11 orang sahaja untuk mencukupkan korum.

8.3 Analisis kegagalan Umno pada PRU14 ialah berdasarkan peratus sokongan yang diterima. Menurut En Hamzah, orang Melayu hanya memberi 25% sokongan sahaja kepada Barisan Nasional (BN) sedangkan orang China memberikan 90% sokongan kepada DAP menerusi Pakatan Harapan (PH). Orang India cuma mengambil pendirian tunggu dan lihat. Untuk terus kekal relevan, Umno perlu mendapatkan semula sokongan orang Melayu ini dan mencari sebab mengapa orang Melayu tidak lagi menyokong Umno.

8.4 En Hamzah mengingatkan agar kepimpinan baru ini memberi tumpuan kepada golongan muda untuk menyedarkan mereka. Seterusnya beliau merasmikan persidangan tahunan Umno cawangan kali ke 18.

9.    Agenda 8 : Ucapan Penangguhan
9.1 Pengerusi menangguhkan persidangan tepat jam 12.00 tengah hari.
9.2 Persidangan bersurai.



           Laporan disediakan oleh :                                                     Disemak oleh :




           ...................................                                                  ...................................                                                   
            (Normaslina Zulkafli)                                                             (Izlan Tun)
           Setiausaha Cawangan                                                       Ketua Cawangan

1 ulasan:

  1. The Evolution of Casino - DrMCD
    Casino 고양 출장샵 - The Evolution of 오산 출장마사지 Casino. DrMcd - the provider of the best online gambling solutions in the world! Our 시흥 출장안마 team of 인천광역 출장샵 expert game developers make games 수원 출장샵

    BalasPadam