Agenda 1 : Ucapan aluan oleh setiausaha.
1.1 Setiausaha mengalu-alukan kedatangan
ahli-ahli cawangan, wakil pemerhati-pemeerhati bahagian, ketua-ketua cawangan
lain yang turut hadir memberi sokongan dan tidak lupa kepada perasmi
persidangan iaitu YB Dato’ Hasim Rusdi yang juga ketua Umno Bahagian Rasah.
1.2 Persidangan dimulakan dengan bacaan doa
oleh Ustaz Awal.
Agenda 2 : Ucapan Aluan Ketua Cawangan.
2.1 Ketua cawangan, En. Abdul Ghani Mansoor
memulakan ucapan dengan rangkap pantun pembuka berbunyi :
“Melati
kuntum tumbuh melata
Sayang
merbah di pohon cemara
Assalamualaikum
mulanya kata
Saya sembah
pembuka bicara”
2.2 Seterusnya beliau mengalu-alukan
kehadiran ahli-ahli dan Pemerhati Bahagian serta ketua-ketua cawangan lain yang
turut hadir. Antaranya En. Hamzah (pemerhati persidangan cawangan), En. Zek,
En. Razi (pemerhati pemuda), Pn. Fauziah (pemerhati puteri) dan Pn. Norfaizah
(pemerhati pergerakan wanita). Tidak lupa juga beliau meraikan kedatangan YB
Dato’ Hasim Rusdi selaku perasmi persidangan pada malam itu. Beliau memohon
maaf kerana YB Dato’ terpaksa menunggu agak lama kerana ketika YB Dato’ tiba,
mesyuarat pergerakan wanita dan puteri sedang berjalan.
2.3 Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana
Persidangan pada malam ini berjalan lancar dan jumlah kehadiran ahli untuk
setiap sayap mencukupi korum.
2.4 Biarpun kehadiran pemuda agak tipis
tetapi ia memadai untuk membolehkan pemuda juga mengadakan mesyuarat
persidangannya.
2.5 Dengan ketiga-tiga sayap berjaya
mengadakan mesyuarat persidangan pada setiap tahun tanpa pernah ada penangguhan
membuktikan Umno cawangan Rumah Pangsa ini berada dilandasan yang betul dalam
perjuangan politiknya. Ia juga merupakan mesej khas cawangan kepada Umno
Bahagian dan kepimpinannya di bawah YB Dato’ Hasim Rusdi bahawa Bahagian
mendapat sokongan padu daripada Umno cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa
2.
2.6 Ketua cawangan memaklumkan kepada
pemerhati dan YB Dato’ bahawa pada hari minggu bersamaan 10/4/2016, yakni 2
hari sebelum hari persidangan; Umno cawangan melalui kerjasama dengan Persatuan
Penduduk telah juga berjaya menganjurkan majlis sukaneka di perkarangan Rumah
Pangsa Senawang Fasa 2. Sukaneka ini mendapat sambutan ramai dari penduduk
pelbagai peringkat usia.
2.7 Dalam ucapan ringkasnya, ketua cawangan
turut membangkitkan beberapa isu-isu semasa yang masih belum diselesaikan lagi.
Antaranya kemudahan dewan orang ramai dan futsal. Beliau mohon YB Dato’
memanjangkan perkara ini kepada pihak-pihak berkenaan.
2.8 Tidak lupa juga ketua cawangan mengambil
kesempatan merakam ucapan terima kasih dan bersyukur kerana atas bantuan YB
Dato’ juga beberapa kemudahan telah ditambah dan diperbaiki seperti kemudahan
tempat meletak motor dan tangga serta penukaran peti surat yang lama kepada
yang baru. Termasuk pintu penutup bilik transformer eletrik yang kini dari
jenis lutsinar dan berkunci.
berkunci. Bagaimanapun atas beberapa masalah sampingan yang wujud
ekoran dari pembinaan tempat letak motosikal seperti rugutan dari pemilik motor
yang mengatakan tempat letak motor itu jauh dan tidak begitu selamat kerana ia
terbuka, En. Abdul Ghani berpendapat hanya itu sahaja pilihan yang kita ada
kerana kawasan tanah lapang di penempatan kita ini terhad. Kita telah mohon,
dan pihak SUK telah luluskan. Tinggal lagi jika kita tetap tidak mahu
menggunakan kemudahan yang telah disediakan, beliau pun tidak dapat berbuat
apa-apa. Terpulang pada pemilik motor. Cuma selepas ini jika berlaku kebakaran
seperti yang pernah terjadi sebelum ini yang mengakibatkan kebakaran sebuah
motosikal milik penghuni rumah pangsa, pihak SUK tidak akan bertanggungjawab.
2.9 Ketua cawangan juga memaklumkan pihak SUK
iaitu daripada UPKT (Unit Perumahan Kerajaan Tempatan) telah membuat kemaskini
data dan maklumat pemilik rumah pangsa. Ia bertujuan untuk mengenal pasti
mana-mana pemilik yang telah habis membayar ansuran rumahnya kepada SUK. Ini
kerana dijangka pemberian geran kepada pemilik yang telah habis membayar akan
diadakan pada tahun ini dan kemungkinan besar geran akan disampaikan oleh
Menteri Besar sendiri dalam satu majlis khas.
2.10 Ketua cawangan menutup ucapannya dengan
rangkap pantun penutup berbunyi,
“Jikalau
tuan mengangkat peti
Tolong
masukan segala barang
Jikalau
semua bersatu hati
Kerja yang
susah menjadi senang”
Agenda 3 : Ucapan perasmian YB Dato’ Hasim Rusdi.
3.1 YB Dato’ turut merasa bangsa kerana
mesyuarat persidangan cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini berjaya
dijalankan pada tiap-tiap tahun dengan ketiga-tiga sayapnya tidak pernah gagal
untuk bermesyuarat.
3.2 YB Dato’ merakam ucapan terima kasih atas
semua ahli yang hadir termasuk pemerhati dari Bahagian.
3.3 Beliau mengingatkan dalam mesyuarat ini
tidak perlulah terlalu banyak berbincang dan membuat isu atau usul kerana tahun
ini tidak ada pemilihan dan tujuan mesyuarat persidangan yang utama ialah untuk
memilih perwakilan ke mesyuarat Bahagian kelak. Apa yang penting ialah Umno
cawangan tetap dengan sokongan tidak berbelah bagai bagi terhadap Umno
Bahagian.
3.4 Menyentuh tentang kelewatan mendapatkan
beberapa kemudahan yang telah bertahun diminta, YB Dato’ harap penduduk
bersabar. Kelewatan ini mungkin berpunca dari beberapa masalah yang melibatkan
banyak pihak. Contohnya untuk mendapatkan kelulusan tanah bagi membina futsal,
pihak-pihak berwajib kena mendapatkan kepastian pemilik tanah dan jika maklumat
telah diperoleh, ia juga perlu melihat kesesuaian tanah dan kesesuaian tempat.
Dan yang penting dana untuk membiayainya datang dari pihak mana?
3.5 Tanah SWM atau Indah Water yang dicadang
untuk dibina dewan orang ramai itu pula, YB Dato’ difahamkan tanah tersebut
telah diserahkan dibawah pengurusan MPS setelah ia siap dikambus. Dipihak MPS
pula, ia mempunyai beberapa bahagian yang khusus dalam membuat penilaian dan
pembangunan. Perlu melalui bahagian-bahagian tertentu sebelum permohonan dapat
diluluskan. Biasanya MPS tidak hanya menerima 1 permohonan tapi banyak
permohonan yang perlu diproses. YB Dato’ akan tetap memberikan sokongan atas
usaha untuk membina dewan kemudahan orang ramai tersebut.
3.6 Atas segala kelewatan dan masalah-masalah
yang timbul dari kelewatan tersebut, YB Dato’ berharap orang ramai tidak
menyalahkan ketua cawangan. Dan kepada ketua cawangan pula, beliau berharap
ketua cawangan tidak mudah putus asa dan give-up. Ini adalah lumrah cabaran
yang dihadapi oleh seorang pemimpin. Mengambil contoh Perdana Menteri sendiri
yang lebih teruk lagi dikritik dari segenap penjuru tetapi beliau masih tetap
bertahan dan bersabar.
3.7 YB Dato’ seterusnya merasmikan mesyuarat
persidangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dengan lafaz
’bismillahirrahmannirrahim’.
(Setiausaha menyerahkan
aturcara seterusnya kepada Pengerusi Tetap, En Shamsuddin Ishak untuk memulakan
Mesyuarat Persidangan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi kali ke
16)
Persidangan dimulakan
dengan semua hadirin berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Umno.
Agenda 4 : Membentang Kertas-kertas Persidangan.
4.1 Pengerusi Tetap meneruskan agenda
persidangan dengan mempersilakan setiausaha untuk melaporkan Peringatan
Persidangan (Kertas Bil 1) dan Penyata Tahunan (Kertas Bil 2).
4.2 Setiausaha, En. Tajol Ariffin Hasan
membentangkan Kertas Bil 1 dan Kertas Bil 2 dengan meminta ahli-ahli merujuk
pada muka surat 5 hingga 12.
4.3 Seterusnya Pengerusi Tetap meminta
Bendahari untuk membentangkan Laporan Kewangan (Kertas Bil 3).
4.4 Bendahari, En Khairi Jahim membentangkan
Kertas Bil 4 dengan meminta ahli-ahli merujuk muka surat 15.
Agenda 5 : Memilih Wakil-wakil ke Persidangan Perwakilan Bahagian
5.1 Berikut adalah senarai nama-nama
perwakilan yang telah dipilih oleh Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri.
5.1.1
Cawangan (Ketua automatik) :
1)
En. Yuzaimuddin Md Yusof
2)
En. Shamsuddin Ishak
* Bagi
jawatan ketua, mereka adalah terpilih secara automatik iaitu Ketua Cawangan :
En. Abdul Ghani Mansor, Ketua Pergerakan Wanita : Pn. Raja Diwi Sulong, Ketua
Pemuda : En. Mohd Azrai Mohd Awal dan Ketua Puteri : Pn. Nur Izwani Mohd
Ismail.
5.1.2
Pergerakan Wanita (Ketua automatik) :
1)
Pn. Norhisham Hj. Ithnin
2)
Pn. Norfitri Mohd Sarif
3)
Pn. Fatimah Shidztamiah
5.1.3
Pemuda (Ketua automatik) :
1)
En. Khairi Jahim
2)
En. Azman Izlan
5.1.4
Puteri (Ketua automatik) :
1)
Siti Yusriah Mohd Awal
2)
Nazatul Azalina Abdullah
3)
Nur Maslina Zulkafli
4)
Siti Nazurah Zainudin
Agenda 6 : Membahas Usul-usul (jika ada)
6.1 Pn. Raja Diwi mengusulkan agar tempat
tong sampah yang ada sekarang ditutup dan diletakan di tempat lain yang lebih
sesuai. Ini kerana kebanyakan penutup-penutup tong sampah di setiap tangga blok
telah rosak. Akibat tidak bertutup, ia mengeluarkan bau kurang enak. Perkara
ini sebenarnya telahpun diusulkan kepada pihak SWM. Cuma pihak SWM hanya
menukarkan tong sampah sahaja dan tidak menggantikan penutup tong sampah yang
terletak di setiap tangga blok. Tidak diketahui sama ada penutup ini di bawah
seliaan atau peruntukan SWM atau SUK. Bagaimanapun, usul ini akan dikemukakan
kepada 2 pihak berkenaan untuk tindakan mereka seterusnya.
6.2 En. Shamsuddin Ishak mengusulkan kepada
mereka yang membela kucing agar dapat menjaganya dengan sebaik mungkin. Ini
kerana didapati banyak kucing-kucing yang berkeliaran dan najisnya ada
dimerata-rata tempat yang menyebabkan kebesihkan kawasan flat sedikit tercemar.
Ketua cawangan memberikan respon segera dengan menyarankan mereka yang
memelihara kucing hendaklah lebih bertanggungjawab.
6.3 En. Tajol Ariffin membuat usul agar Umno
Cawangan mencari punca mengapa pendaftaran ahli baru cawangan mengambil masa
yang lama. Ketua cawangan dalam jawapannya merumuskan ada beberapa masalah yang
dikesan. Antaranya masalah dokumen tidak lengkap seperti pendaftar tidak
memberikan salinan kad pengenalannya. Ketua cawangan juga akan mengambil serius
masalah ini dan akan menangganinya dengan setiausaha kelak.
Agenda 7 : Ucapan Penangguhan Persidangan.
7.1 Pengerusi Tetap menangguhkan persidangan
tepat jam 10.55 malam. Persidangan bersurai dengan KC mengiringi YB Dato’
menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka serta pemenang hadiah cabutan
nombor bertuah.
Oleh Setiausaha Cawangan
En. Tajol Ariffin bin Hasan